1.0 Kegiatan menunggang dan melumba motor secara haram dan

1.0 PENGENALAN Konsep adalah sesuatu unit makna, yang cuba menjelaskan idea yang abstrak atau sebuah takrifan umum. Konsep kempen cegah merempit ini dapat dikonkritkan melalui beberapa cadangan. Antaranya ialah membanteraskan gejala sosial yang menjadi-jadi ini. Motif utama kempen itu bertujuan untuk menbendung dan menghalang kegiatan yang meruntuh akhlak ini dari terus menular. Fenomena mat rempit ini semakin menular dalam kalangan masyarakat, terutamanya mereka yang masih berdarah muda. Penunggang-penunggang ini digelar sebagai ‘mat rempit’,  mengubah suai ekzos motor yang membuat bunyi yang lebih bising dan berkuasa tinggi dari motor biasa. Kegiatan menunggang dan melumba motor secara haram dan berbahaya menyebabkan masa depan belia dan seterusnya negara terancam. Bukan itu sahaja, malah aktiviti ini turut membahayakan nyawa orang awam di samping nyawa penunggang itu sendiri. Perlumbaan mat rempit yang mengambil tempat pada waktu tengah malam di lokasi seperti lebuhraya juga merugikan pelbagai pihak. Tambahan pula, mat rempit yang mengalami kemalangan dan cedera parah serta mengakibatkan kerosakan awam, memaksa kerajaan dan berbagai-bagai pihak untuk menanggung kerugian yang sia-sia. Kempen ini turut bertujuan untuk mengurangkan penglibatan belia dalam kegiatan merempit serta meningkatkan kesedaran bukan sahaja untuk golongan yang merempit, tetapi bagi kebaikan umum juga.2.0 KEPENTINGAN KEMPEN INI DIJALANKANKempen Mencegah Rempit ini mempunyai pelbagai manfaat, antaranya ialah memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai, terutamanya golongan yang merempit ini.  Kempen ini akan meningkatkan tahap kesedaran yang sedia ada pada para mat rempit. Jikalau seseorang mat rempit itu mempunyai ilmu yang secukupnya, individu tersebut tidak akan mudah terjebak dalam gejala negatif itu (Wong, L. P.,2011). Di samping itu, kempen ini amatlah penting kerana turut mengimpak mereka yang menjinak-jinak merempit untuk menghindari aktiviti merempit. Selain itu, Kempen Mecegah Rempit dapat menyelamatkan nyawa. Setiap tahun, berpuluh-puluh orang meninggal dunia akibat aktiviti merempit. Mangsa yang terkorban bukan terdiri daripada mat rempit sahaja, malah pejalan kaki dan orang awam juga (Ramli, R., Oxley, J., Noor, F. M., Abdullah, N. K., Mahmood, M. S., Tajuddin, A. K., & McClure, R. 2014). Melalui kempen ini, angka mat rempit yang  semakin berleluasa ini akan mengurang. Bukan itu sahaja, anggota polis juga mengalami kecederaan sewaktu bertugas dalam operasi. Lanjutan itu, Kempen Mencegah Rempit ini penting untuk menukar tabiat buruk penunggang motorsikal. Menerusi kempen inilah mereka akan dididik untuk merubah sikap mereka yang sedia ada kepada tabiat yang lebih baik dan lebih mematuhi undang-undang jalan raya. Kempen ini bermotifkan untuk menanam sikap saling menghormati, bertimbang rasa dan bantu mereka menanam keyakinan diri bahawa mereka sebenarnya mampu meninggalkan tabiat yang ketagih ini. Sikap merempit ini akan memperkenalkan sikap-sikap negatif lain seperti membazirkan duit, berjudi, merompak, mengambil dadah sintetik, mudah mencetuskan pergaduhan, membuli, membalik rumah lewat malam serta melakukan maksiat (Ibrahim, N., Ismail, R., Halim, M. R. T. A., & Amit, N., 2015). Sikap yang memudaratkan ini berpunca daripada sikap merempit. Jika kita dapat membendung sikap ini, maka golongan remaja kita akan bersikap lebih positif.Seterusnya, kempen ini akan membantu orang ramai untuk mengamalkan amalan baik yang telah dibelajari. Contohnya seperti tidak mengubahsuai mana-mana bahagian motor yang bertujuan untuk meningkatkan kuasanya, memakai topi keledar dan mengetatkannya serta menunggang motorsikap dalam hadlaju yang ditetapkan.  Demikian itu, perbuatan ini haruslah menjadi sebuah amalan yang dipraktikkan oleh mat-mat rempit. Hal ini adalah untuk mengelakkan remaja tidak jatuh balik kepada rutin asalan mereka.3.0 KESAN KESAN APABILA DIJALANKAN.Seterusnya, aktiviti merempit akan merugikan ekonomi. Jika seseorang individu itu berlumba motorsikal dan mengalami kecederaan, ia akan melibatkan berbagai-bagai pihak. Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang sia-sia untuk membersihkan jalan yang dipenuhi dengan kesan minyak. Hal ini demikian kerana minyak motor yang licin akan membahayakan kenderaan lain, terutamanya lori-lori  dan kereta besar. Perbelanjaan pula bukanlah sedikit kerana golongan ini gemar merempit di jalan-jalan besar seperti lebuh raya pada waktu malam. Seterusnya, anggota-anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula harus mengorbankan masa dan tenaga untuk menangkap mat rempit ini, sedangkan jenayah sebenar berleluasa (Karim,Ismail, & Sukimi, 2009). Pasukan polis tanah air mengalami kecederaan dalam misi menangkap mat rempit ini hanyalah menambah beban pihak berkuasa tersebut. Jika dilihat dari aspek sosial, masyarakat juga terkesan akibat gejala merempit ini. Mat rempit yang dirawat oleh pakar-pakar di hospital menyusahkan mereka yang benar-benar dalam kesulitan.  Tenaga kepakaran digunapakai atas mat rempit yang sengaja mengundang kecelakaan. Pesakit-pesakit yang sememangnya memerlukan bantuan dan rawatan pula terpaksa menunggu untuk giliran mereka yang dipanjangkan masanya. Bukan itu sahaja, malah budaya merempit menyebabkan pencemaran tanah, udara dan bunyi. Kegiatan menunggang motorsikal yang diubahsuai secara beramai-ramai mengganggu ketenteraman orang ramai (Ismail & Mustapha, 2010). Kesannya amatlah tidak baik, khususnya kepada generasi muda kerana golongan inilah yang akan menerajui negara pada masa akan datang. Golongan mat rempit ini sering dilabelkan ‘sampah masyarakat’ dan ‘samseng jalanan’ serta para gadis-gadis yang berlegar bersama dengan mereka turut mendapat nama yang sangat negatif seperti ‘perempuan murahan’ dan ‘bohsia’ menjatuhkan nama Malaysia (Lim, 2006). Budaya merempit membiasakan anak-anak muda kita untuk balik pada lewat malam atau awal pagi  menyebabkan mereka mudah terpancing dengan maksiat. Oleh itu, generasi masa kini mestilah mengelakkan dari terjebak dengan kegiatan yang akan membahayakan kesihatan, bahayakan nyawa dan menjatuhkan maruah serta imej negara itu sendiri.4.0 LATAR BELAKANG MASALAH.Negara kita berkembang pesat dalam aspek pembangunan dan teknologi yang mampu memberikan manfaat kepada manusia sejagat. Kemajuan sektor pengangkutan memberikan kemudahan kepada manusia sejagar untuk bergerak ke satu destinasi ke destinasi yang lain dalam masa yang lebih singkat, cepat dan selamat. Hasil daripada perkembangan kemajuan dan teknologi ini telah menyebabkan nilai moral dan etika dalam sesebuah masyarakat berubah mengikut keadaan, trend dan perkembangan semasa. Ini menjadikan elemen etika dan moral suatu yang abstrak. Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, Sahlawati Abu Bakar, Zanariah Dimon dan Asma’ Wardah Surtahman (2015), mengatakan bahawa kajian awal dalam bidang sosial telah dicatatkan pada tahun 2005 yang telah dilaporkan dalam Laporan Kajian Onventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia sekitar tahun 2001-2005. Kajian yang dilakukan ini menfokuskan kepada permasalahan sosial dalam kalangan remaja dengan perilaku delinkuen. Namun begitu, masalah sosial yang ingin difokuskan dalam kempen ini ialah merempit dalam kalangan remaja. Berdasarkan Hamzah (dalam Mohammad Abu Bakar Shis, 2010), Gejala sosial dilihat sebagai satu bentuk perbuatan manusia yang diluar batas normal tetapi dapat diterima oleh umum, sama ada dari aspek agama, budaya, dan sosial masyarakat. Satu kajian awal dilakukan sebelum melaksanakan “Kempen Cegah Rempit Dalam Kalangan Remaja”. Gejala “Mat Rempit” bukanlah satu fenomena yang baru dan asing lagi bagi masyarakat kita. Rozmi Ismail dan Norhayati Ibrahim (2007), menjelaskan bahawa perkataan rempit sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu “ramp-it” yang mengambarkan tentang mat rempit atau pelumba memeras minyak di jalan raya. Manakala perkataan atau terma “Mat Rempit” di Malaysia hasil gabungan dua perkataan iaitu “Mat” dan “Rempit”. “Mat” merujuk kepada individu dan sekelompok individu manakala ‘Rempit” merujuk kepada kegiatan yang membonceng motorsikal dengan laju dan tidak mengikut undang-undang dengan tujuan untuk mengikut dan menyertai perlumbaan haram menggunakan motosikal yang berkuasa kecil. Mat Rempit sering dikaitkan dengan kegiatan seperti rompakan berkumpulan, gangster, kecurian dan buli. Kebanyakkan motorsikal yang digunakan oleh golongan ini biasanya tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan ataupun telah diubahsuai mengikut kesukaan mereka. Hal ini demikian kerana, lazimnya setiap manusia tidak lari dari sifat ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang trend dan baru yang bukan dari budaya “ketimuran”, oleh itu tidak mustahil sekiranya seseorang individu terutamanya golongan remaja mudah terpengaruh ke kancah budaya “kebaratan”. Kajian mengenai gejala sosial merempit ini telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang terdahul. Berdasarkan daripada kajian-kajian sebelum ini mendapati bahawa golongan remaja mendominasi gejala sosial dimana semakin hari semakin tinggi kadar tangkapan meningkat. Beberapa dekad yang lalu, mat rempit yang terlibat dalam perlumbaan haram dipanggil pelumba haram namun selepas beberapa tahun kemudian, fenomena merempit mengalami perubahan evolusi nama yang sinonim dengan aksi ganas mereka ketika beraksi di jalan raya atau litar. Sekiranya jika kembali pada masa dahulu gejala remaja perempuan yang suka berpelesaran dipanggil “Bohsia” manakala bagi jantan dipanggil “Bohjan”. Kini wujudnya label penamaan Mat Rempit yang dicap sebagai samseng jalan raya kerana sering menimbulkan kekecohan di jalan raya dan masalah sosial yang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohd Mursyid Arshad (2010), penemuan kajian menemui dua faktor yang menjadi pendorong kepada Mat Rempit iaitu faktor penolak dan faktor penarik. Faktor penarik yang ditemui adalah disebabkan minat, keinginan dalaman, pengaruh rakan-rakan dan sebagai satu inisiatif untuk mendapatkan wang. Bagi faktor penolak pula, remaja dipengaruhi oleh perasaan bosan, tekanan masalah, masalah keluarga, sosio-ekonomi yang rendah dan lain-lain. Kajian sebelum ini juga mengenalpasti punca kepada permasalahan remaja yang memilih jalan merempit sebagai jalan pintas untuk mengisi tuntuan keinginan dan kemahuan pada usia muda. Justeru itu, berdasarkan kepada kajian lepas dapat disimpulkan bahawa fenomena merempit ini sering hangat diperkatakan oleh media dan masyarakat kerana remaja merupakan belia yang bakal memimpin negara kelak. Tanpa penyelidikan secara menyeluruh, emprikal dan kefahaman untuk membantu dalam mengurangkan kadar statistik dan membawa mereka kembali kepada jalan yang betul yang dapat membantu dalam pembangunan modal insan yang berakhlak baik yang mampu memacu negara kelak. Oleh yang demikian, fokus kajian awal ini dilakukan adalah untuk memahami fenomena Mat Rempit untuk mendapatkan hasil kempen sama ada dapat mengurangkan atau menaikkan lagi kadar statistik golongan Mat Rempit khususnya dalam kalangan remaja. Pengajaran yang dapat diperolehi daripada kajian-kajian lepas ialah kajian haruslah menggunakan pendekatan yang berbeza agar mesej kempen dapat disampaikan. 5.0 PERNYATAAN MASALAHKajian mengenai pengetahuan, sikap dan amalan terhadap kempen belum dikaji secara teliti.6.0 OBJEKTIF1.Untuk mengetahui kesedaran orang ramai tentang gejala sosial “merempit”.2.Untuk mengetahui pengetahuan orang ramai tentang gejala sosial “merempit”.3.Untuk mengetahui kefahaman orang ramai tentang gejala sosial “merempit”.4.Untuk mengetahui reaksi / tindak balas / persepsi / tindakan orang ramai terhadap gejala sosial “merempit”.5.Untuk mengetahui sumber maklumat tentang gejala sosial “merempit”.7.0 Model KAP digunakan dalam Kempen Cegah Rempit Dalam Kalangan Remaja.Namun begitu, kajian awal untuk kempen ini menggunakan model KAP untuk mengkaji dengan lebih terperinci mengenai pengetahuan, sikap dan amalan mengenai “Kempen Cegah Rempit Dalam Kalangan Remaja” seterusnya berdasarkan dapatan kajian dihujung penelitian akan menentukan samaada kempen ini berbentuk kesedaran ataupun tidak. Kajian terhadap model KAP telah diperkenalkan sekitar tahun 1950an dalam bidang perancangan keluarga dan kajian populasi. Menurut Mohd Hilmi Mahmud dan Kamaliah Siarap (2013) menyatakan bahawa KAP adalah singkatan kepada Pengetahuan (Knowledge), Sikap (Attitude) dan Amalan (Practice). Terdapat tiga elemen atau konsep yang utama dalam Model KAP iaitu Pengetahuan (Knowledge), Sikap (Attitude) dan Amalan (Practice). Model KAP merupakan faktor interaktif yang bersifat dinamik iaitu berubah-ubah dan saling bergantung di antara satu dengan lain. Perubahan tersebut akan mendorong kepada berlakunya perubahan dari segi tingkah laku (amalan). Kajian terhadap KAP merupakan satu kajian yang menjurus kepada analisis pembelajaran dalam sesebuah masyarakat. Tujuan kajian menggunakan model KAP adalah untuk mengenal pasti sama ada sesebuah masyarakat itu mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang sesuatu skop yang dibincangkan dalam program-program kesihatan masyarakat yang dilaksanakan. Pengetahuan (Knowledge) ialah salah satu elemen dalam model KAP. Hal ini demikian kerana pengetahuan (konwledge) merupakan komponen asas dan utama kepada perlakuan atau tingkah laku seseorang individu. Pengetahuan secara awalnya ditakrifkan sebagai pandangan hasil persetujuan ataupun perselisihan di antara dua pertembungan fikiran. Tindak balas tidak dapat diberikan oleh seseorang individu terhadap sesuatu mesej atau maklumat yang diperolehi kerana ketiadaan pengetahuan mengenai mesej yang cuba disampaikan. Menurut Fiesbein dan Ajzen dalam Mohd Hilmi Mahmud dan Kamaliah Siarap (2013) pengetahuan adalah komponen utama (asas) dan faktor kognitif (pemikiran) yang membina struktur dalam pemikiran seseorang individu. Elemen pengetahuan dalam Model KAP memainkan peranan penting untuk memperkenalkan elemen perhatian sikap terhadap “Kempen cegah rempit dalam kalangan remaja” kerana apabila mesej dalam kempen ini dilihat oleh seseorang individu, maka secara tidak langsung individu tersebut akan dapat mempengaruhi pengetahuan dan menarik perhatian norma di sekelilingnya.Andrew dalam Norsamee’ah Dandan Satia (2011), sikap (Attitude) bermaksud kecenderungan terhadap suatu objek tertentu untuk bertindak balas melalui dua cara sama ada cara yang menyenangkan ataupun tidak menyenangkan. Sikap juga mampu mempengaruhi cara seseorang individu itu melihat dan akhirnya akan memberikan tindak balas. Perubahan sikap akan mempengaruhi perubahan dari segi tingkah laku seseorang kerana tingkahlaku manusia mempunyai hubung kait dengan sikap (atitude) manusia itu sendiri. Apabila sikap seseorang itu berubah dengan secara tidak langsung tingkah laku individu tersebut akan turut dipengaruhi untuk berubah. Gilchrist dalam (Mohd Hilmi Mahmud & Kamaliah Siarap, 2013) menyatakan bahawa semakin kerap pendedahan terhadap sesuatu mesej, maka semakin besar kemungkinan akan dipengaruhi oleh mesej berkenaan. Sesebuah kempen boleh mempengaruhi seseorang samaada memberikan respon yang positif atau negatif. Jika pengetahuan seseorang individu itu bertambah, maka akan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku juga akan turut berubah. Ringkasnya, sikap terhadap penerimaan mesej dalam “kempen cegah rempit dalam kalangan remaja” akan memberikan pilihan kepada individu tersebut untuk bertindak samaada secara positif ataupun sebaliknya berdasarkan input yang diperolehi. Ini bermakna kemungkinan untuk berlakunya perubahan sikap individu tersebut adalah besar sama ada berubah secara positif ataupun sebaliknya.Amalan (Practice) juga dikenali sebagai tingkah laku seseorang. Berdasarkan Raduan Serap, Dayang Rabiah Awg Jabai, Assis Kamu, Diana Hassan dan Nor Mariah Adam (2017), Amalan (Practice) merupakan elemen dan kompenan KAP yang mana menjelaskan bahawa tingkah laku seseorang berdasarkan pengetahuan yang dimiliki ataupun yang diperolehi. Apabila sesorang mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang pengetahuan, sikap dan amalan akan memastikan tindakan yang lebih baik dalam mewujudkan proses kesedaran yang cekap. Selain itu, hubungan diantara pengetahuan dan amalan menunujukkan bahawa pengetahuan yang tinggi dapat mengubah sikap positif seseorang dan akan bertindak mengikut pengetahuan yang diperolehi. Tingkahlaku yang dilakukan adalah merujuk kepada amalan yang dilakukan setelah pengetahuan (knowledge) bertambah. Pengetahuan dan amalan saling berhubung kait antara satu sama lain. Sebagai contoh, apabila seseorang terdedah kepada mesej dalam “kempen cegah rempit dalam kalangan remaja”, secara tidak langsung, pengetahuan seseorang individu tersebut akan bertambah dan sikapnya terhadap kempen juga akan turut dipengaruhi terhadap kempen tersebut. 

x

Hi!
I'm Brenda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out