Dewasa negara, TLDM perlu mensrtukturkan semula kapal-kapal dan penempatan

Dewasa
ini pihak pengurusan tertinggi TLDM telah dengan agresifnya mewarwarkan dan memberi
pendedahan kepada warga THE NAVY PEOPLE
mengenai satu gagasan dan perancangan TLDM untuk 50 tahun akan datang. Gagasan
ini dan matlamatnya telah dengan sedaya upaya disampaikan kepada seluruh
warganya hatta anggota yang masih didalam latihan sebagai Perajurit Muda agar
maklumat tentangnya dapat  disampai secara
sepenuhnya. Kerana jika seseorang pegawai atau anggota itu tidak
memperolehi  maklumat dan pengetahuan
yang mencukupi mengenai gagasan ini maka, tidak mustahil mereka akan gagal
untuk memanjangkan atau memberi pendedahan kepda anggota lain-lainnya. Persoalannya,
mengapakah pihak pengurusan tertinggi TLDM begitu agresif sekali dan mewajibkan
setiap warganya mengetahui dan memahami, rancangan PROGRAM TRANSFORMASI   ’15to5′
TLDM ini? hinggakan seseorang anggota itu dianggap gagal pada sesi temuduga
pemakaian pangkat sekiranya dia tidak mengetahui langsung atau tiada maklumat
langsung mengenai apa itu PROGRAM TRANSFORMASI  
’15to5’serta matlamat dan halatujunya.

Ianya
bersangkutan dengan TN5O atau TRANSFORMASI
NASIONAL yang telah dilancarkan oleh perdana menteri Malaysia Dato’ Sri
Najib Tun Razak. Tujuan gagasan ini 
dilancarkan adalah bagi memastikan keupayaan Armada TLDM menjadi lebih lagi
dan tetap efektif dalam mengharungi ranjau onak duri alaf baru yang kian
mencabar.Memastikan juga agar setiap dari warganya dilatih dan terlatih dalam
apa jua keadaan dan apa jua sistem persenjataan yang dioperasikan. Transformasi
ini juga membolehkan TLDM untuk memiliki aset-aset Armada yang lebih dari yang
sedia ada, system yang terbaru dari segi persenjataan dan kejuruteraan, juga
bertujuan untuk mengurangkan kos kapal-kapal lama untuk diselenggarakan dan
penyusunan semula pemerintahan taktikal squadron-squadron kapal yang ada
sekarang. Disamping itu juga ia bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan
TLDM kepada negara-negara luar khususnya dari eropah yang kita sedia maklum kos
untuk sesuatu peralatan atau system itu amat tinggi kerana faktor tukaran mata
wang dan juga faktor meningkatnya kos kerana jarak.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

        Sesuai dengan tertubuhnya Markas Armada
Barat dan Timur, dan ancaman-ancaman keatas perairan negara, TLDM perlu
mensrtukturkan semula kapal-kapal dan penempatan pengoperasian aset-asetnya .
Aset-aset yang ada perlu ditambah dan aset-aset yang berusia perlu digantikan.
Untuk memastikan pengoperasian dan peranan TLDM sebagai PENJAGA LAUTAN NEGARA terus relavan dan efektif untuk beroperasi
pada sebilang masa dan pada sebilang tempat. Gagasan ini bolehlah dikatakan
sebagai serampang dua mata dimana, disamping TLDM memperoleh aset-aset dan
teknologi-teknologi terbaru, dalam masa yang sama kos-kos untuk senggaran pada
aset-aset yang berusia dapat dikurangkan. Dan ini membolehkan TLDM  memfokuskan belanjawannya kepada sumber
manusia. Contohnya untuk pembinaan rumah-rumah keluarga yang masih tidak
mencukupi dipangkalan-pangkalan  Malaysia
timur khasnya. Dan menaiktaraf tahap keselamatan di pangkalan-pangkalannya. 

       Kita juga sedia maklum, dewasa ini
ketidaktentuan berlaku pada ekonomi dunia dan Negara kita juga tidak terlepas
dari perkara itu maka PROGRAM TRANSFORMASI  
’15to5′ ini juga amatlah sepadan dengan saranan yang diberikan pihak
kerajaan untuk mengamalkan langkah-langkah penjimatan tanpa menjejaskan
pengoperasian. Gagasan ini juga dapat mengurangkan kebergantungan TLDM pada
Negara-negara luar dari segi system persenjataan dan alat ganti kapal, dimana
yang dulunya dalam 15 skuadron kapal yang dimiliki, mempunyai lebih dari 5 atau
6 negara pengeluar dan pembuat ini menimbulkan sedikit masalah untuk
pengurusan.

       Dengan mengurangkan kelas kapal atau
skudron kepada 5 dari satu sumber pengeluar yang sama iaitu Negara China, ia
dapat mengurangkan kos pada bahan alat-alat ganti dan sekaligus dapat memacu
pengurusan logistik yang efisien kerana dengan jarak yang sedikit hampir dengan
negara kita memungkinkan kos pada pengangkutan peralatan-peralatan berkurangan
tetapi kualiti atas barang tersebut tiada kompromi kerana ia  bersangkutan dengan keselamtan negara, nyawa,
serta wang rakyat yang dibelanjakan.  Berbanding
dengan alat – alat ganti sekarang yang kebanyakannya diimport dari eropah yang
ada sesengah peralatan itu telah pun tidak dikeluarkan lagi dan ini sekaligus
mengakibatkan harga pasaran sesuatu alat ganti itu melambung tinggi disebabkan
ianya tidak lagi dikeluarkan ataupun pengeluarannya terhad.   

        Untuk
maluman, sehingga waktu ini setelah 83 tahun usianya, TLDM telah memiliki sebanyak
15 skuadron yang merangkumi 43 buah kapal (rujuk Kad Anjungan terkini 2017)
yang sedang beroperasi dan yang masih menjalani pembaikan dilimbungan. Kita
juga sedia maklum kebanyakan kapal-kapal ini ada antaranya telah pun menginjak
50 tahun usianya. Secara logiknya tahap keupayaannya untuk bertempur dan
menjalankan operasi dalam jangka masa yang panjang sedikit sebanyak terjejas.
Ditambahkan lagi dengan kos-kos senggaraan yang makin meningkat kerana ada
antara peralatan dan kompenan-kompenan penting pada kapal-kapal yang berusia
ini tidak lagi dikeluarkan seperti yang saya sebutkan diatas tadi. Oleh itu
masa dan wang ringgit banyak dibazirkan untuk menempah dan menunggu
peralatan-peralatan tersebut siap dan sampai ke negara sekiranya berlaku
kerosakkan. Itu belum lagi kita andaikan bahawa alat-alat ganti dan
peralatan-peralatan tersebut langsung tidak boleh di perolehi dan dikeluarkan
lagi kerana ada antara kilang-kilang dan syarikat-syarikat pengeluar Ini tidak
lagi beroperasi. Dan sesungguhnya perkara ini telah pun berlaku, inilah juga
mungkin antara penyebab gagasan ini diilhamkan.

            Dengan hadirnya aset-aset yang baharu, ia sudah
semestinya datang bersama peralatan dan system yang baharu baik dari segi jentera,
alatan komunikasi serta system senjata. Dan ini sekaligus dapat mengantikan
kebergantungan ARMADA TLDM kepada kapal-kapal yang lama untuk menjalankan
sesuatu operasi dalam suasana kekacauan atau dalam suasana perang yang sebenar.(
maksud saya lebih kepada perolehan dan kemajuan system persenjataan dikapal.)
Kerana apa gunanya kapal perang sebesar bukit tapi system persenjataannya lemah
atau tidak mampu berfungsi. System untuk jentera kapal juga tidak kurang
pentingnya (sememangnya amat penting) kerana kita sedia maklum, sesebuah kapal
perang berlainan tahap keupayaan dan kuasa jenteranya mengikut jenis dan
peranan sesuatu kapal perang tersebut. Mungkin pada satu hari nanti atau pun
pihak atasan telah pun membincangkan tentang perkongsian strategik
mengenai  pertukaran pengetahuan dan
kemahiran untuk membangunkan dan mengeluarkan system persenjataan dan jentera
serta alat ganti  kita sendiri seperti
yang berlaku pada PROTON. Dan sesungguhnya  gagasan ini sebenarnya juga akan memberi
keuntungan kepada kedua belah pihak dalam jangka masa panjang.

            Dalam pada itu, seperti perjanjian TLDM untuk perolehan
kapal NGPV tempoh hari, klausanya juga hampir sama dimana buat permulaannya, difahamkan
sekurang-kurangnya setiap keluaran pertama dan kedua dari kelas kapal ini akan
dibuat di negara asal iaitu China, manakala baki selebihnya pula akan disiapkan
dan dibina dinegara kita Malaysia. Pelan strategi bijak ini sebenarnya
membolehkan banyak peluang-peluang pekerjaan dibuka untuk anak-anak muda kita
disamping dapat bertukar-tukar dan belajar teknologi pembinaan sistem
perkapalan didalam pembinaan kapal perang khususnya. Syarikat-syarikat tempatan
juga turut mendapat tempiasnya dari segi penggunaan dan permintaan untuk tenaga
buruh dan bahan-bahan material tempatan. Ini secara tidak langsung dapat
merancakkan ekonomi tempatan dan lama kelamaan kerancakkan ekonomi ini akan
sampai ke peringkat tertinggi iaitu negara. Saya sedar, majoriti orang awam
diluar sana dan tidak kurang juga ada terdengar suara-suara sumbang dari warga THE NAVY PEOPLE sendiri mempersoalkan
kenapa asset-aset keselamatan ini dibeli dari negara China.

                Untuk
jawapan kepada segala persoalan itu, suka saya nukilkan perkara dibawah. Tidak
dinafikan dewasa ini, boleh dikatakan hampir segala peralatan barangan
rumah,permainan kanak-kanak hatta pakaian, buku-buku  semuanya adalah didatangkan dari negara China
yang kita sedia maklum harganya jauh lebih murah dan sudah semestinya ianya
mempunyai kualiti yang rendah. Tetapi bagi saya, ini adalah berpatutan dengan
harga yang kita keluarkan.  Sebenarnya negara
China dalam tahun-tahun mendatang ini telah pun mengalami kemajuan dalam
pelbagai bidang khususnya pembinaan. Sebagai mereka telah dengan jayanya
membina landasan keretapi tertinggi didunia merentas ke Tibet melalui bukit
bukau, gunung ganang dan perubahan struktur muka bumi yang melampau yang selama
ini tiada siapa yang mampu melakukannya dan dianggap mustahil kerana disitu
mempunyai struktur tanah yang bergerak akibat cairan dari glasier (bukti
mengenai keterangan ini anda boleh saksikan di astro History chanel dan di
google dengan menaip carian “CHINA THE GREAT ARCHITECTUR”. Serta pembinaan
banggunan- banggunan pencakar langit mereka. (Ini adalah beberapa bukti
kemajuan yang dicapai oleh Negara china, dan belum lagi kita sentuh perihal
ekonomi negara ini yang semakin berkembang pesat).                     

       Bagi penulis sendiri yang pernah
berkhidmat di beberapa buah kapal, kecil dan besar, pembekal dan pemusnah,
gagasan ini adalah satu transformasi yang amat-amat baik dan sebenarnya ia
perlu dilakukan dari dulu lagi. Manakan tidak, dengan melakukan pengurangan
pada skuadron-skuadron kapal ini (harus diingat, gagasan ini bukanlah bertujuan
untuk mengurangkan jumlah dan bilangan asset tetapi hanya mengurangkan skuadron
kapal atau jenis-jenis kapal sahaja. Malah bilangan kapal-kapal juga akan
bertambah yang dibuat di asia iaitu di negara China. Sekaligus ianya dapat
mengurangkan kos pada alat ganti dan senggaraan tanpa menjejaskan kualitinya.
Kerana itulah ianya harus benar-benar difahami) secara tidak langsungnya ia
mengurangkan kos-kos senggaraan pada sesuatu kapal kerana ianya adalah aset
yang baru dan mempunyai banyak kapal-kapal yang serupa dengannya untuk bertukar
dan meminjam peralatan samada operasi, evolusi, juga peralatan pertukangan
alatan jentera.

      Dan inilah yang terjadi sekarang pada
kapal-kapal yang hanya ada 2, 3 atau 4 buah yang serupa, kekangan ini telah
terjadi malah ada antara kapal-kapal kita tiada buddy dan ini mengakibatkan kapal-kapal ini akan tersadai
dilimbungan dalam tempoh yang panjang untuk menunggu pembaikan dan alat ganti. Penyebabnya
telah pun saya jelaskan pada awal tadi.

 

 

 

Dari
segi pengoperasian pula, bagi penulis tidak kira seseorang anggota itu datang
dari cawangan mana sekalipun kelasi, bekalan, mahupun kepakaran teknikal, ianya
menjadi lebih senang untuk kami dalam suasana kerja. Maksudnya, pada ketika
ini, TLDM Memiliki 15 jenis kapal dan kami warganya terpaksa belajar untuk
memahami dan memahirkan diri dengan tabiat-tabiat dan cara pengoperasian kerja
15 jenis kapal itu. Ada ketikanya kami terbawa-bawa dengan tabiat dan system
kapal yang pernah diperjawatkan dan yang lebih teruk lagi kami terpaksa belajar
dari bawah dan ini memakan satu jangkamasa yang agak lama untuk memahirkan
seseorang individu itu samada dari segi system persenjataan, evolusi dan system
enjin. Maka dengan berkurangnya jenis-jenis kapal atau skuadron ini sedikit
sebanyak mengurangkan bebanan tugas kami.

       Sekaligus ianya dapat mempertingkatkan
lagi kemahiran dan kecekapan anggota pada sesuatu peralatan atau system. Dan
inilah sesungguhnya yang pihak atasan mahukan sesuai dengn selogan TENTERA LAUT BERPENGETAHUAN dan TENTERA LAUT BERTARAF DUNIA.                 Dengan terlatihnya pegawai dan
anggota dalam atau pada sesuatu system persenjataan atau peralatan mekanikal,
ini juga sekaligus dapat mengurangkan risiko kerosakan kepada peralatan itu
kerana mereka dapat memahami tabiat – tabiat dan ragam sesuatu system itu
dengan baik. Manakala jika dilihat dari sudut latihan dipusat latihan pula, kos
untuk mewujudkan modul latihan akan berkurangan dan berkemungkinan bilangannya
akan bertambah kerana tidak perlu lagi pihak atasan TLDM berurusan dengan
banyak syarikat -syarikat dan kontraktor-kontraktor lebih-lebih dari luar
negara untuk membina model-model latihan mengikut spesifikasi sebenar.

            Sesungguhnya matlamat kerajaan dan pihak atasan TLDM
sendiri mengenai gagasan ini adalah mengurangkan kos pengoperasian tetapi tidak
sesekali menganggu pengoperasian TLDM sebagai PENJAGA LAUTAN NEGARA dan seharusnya kita warga THE NAVY PEOPLE bersyukur dan  berterimakasih pada pihak kerajaan yang tetap
memandang serius kepada perolehan aset-aset tentera laut kita secara khasnya
dan menambahkan lagi aset-aset dalam inventori ATM amnya. Ucapan tahniah dan
syabas juga kita ucapkan kepada pengurusan tertingi TLDM yang mengilhamkan 1
gagasan yang bijak ini. Sekali lagi ingin penulis nyatakan bahawa gagasan ini
amat kena pada masanya dan penulis amat-amat bersetuju dengannya. Hanya
diharapkan kepada mereka-mereka yang telah diamanahkan untuk menjayakan nya,
lakukanlah dengan sebaik dan seikhlas mungkin demi negara tercinta dan demi
keselamatan negara secara khususnya.     

            Kita sedia maklum, dalam melakukan perubahan ia pastinya
datang bersama cabaran dan rintangan. Tetapi itu bukan alasannya untuk kita
tunduk mengalah. Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar gagasan ini
menjadi kenyataan dan terhindar dari segala kepincangan dan ketidaktelusan
intergriti. Semoga kesilapan yang lalu diambil iktibar oleh mereka-mereka yang
berkepentingan, kerana seandainya mentaliti warga kita masih ditahap lama,
lemah tadbir urus, tiada integriti, maka pada pendapat saya, canang dan
laungkanlah apa jenis perubahan pun ianya tidak akan kemana dan tidak akan berjaya.

            Sesungguhnya secara khusus pihak kerajaan,  pengurusan tertinggi dan lebih-lebih lagi orang
awam diluar sana secara amnya  amat-amat
mengharapkan agar gagasan ini berjaya mencapai matlamatnya kerana sebahagian
besar dari mereka dan  kita sendiri
sedari kebanyakan asset-aset TLDM masa kini telah pun usang. Dan sesungguhnya
mereka diluar sana memerhati setiap inci perkembangan dan kemajuan gagasan ini
tanpa kita sedari.     

           

Semoga
pisang tidak akan berbuah dua kali dan semoga kita tidak dipatuk ular pada
lubang yang  sama dua kali. Pengalaman
yang lalu jadikanlah panduan dan pedoman untuk kebaikan pada masa akan datang.
Diharapkan juga setiap warga dari THE
NAVY PEOPLE           setiap peringkat,
cawangan, dan kepakaran memahami dan menyokong dengan sepenuhnya tujuan gagasan
ini di ilhamkan. Kerana tanpa modal insan yang cemerlang, sesuatu entiti atau
organisasi itu akan menemui kegagalan. Akhir kalam, semoga TLDM terus cemerlang
hendaknya dalam menjadi PENJAGA LAUTAN
NEGARA dan warganya terus utuh dan cekal untuk mengharungi segala onak duri
dalam bertugas. Sesungguhnya seperti yang saya khabarkan sejak awla penulisan
ini bermula bahawa kecermerlangan modal insan adalah satu entiti yang amat-amat
untuk membolehkan sesuatu organisasi atau pasukan itu mencapai tahap yang
disasarkan. Sekian.

x

Hi!
I'm Brenda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out