Di bawahan agar ianya dapat difahami bagi melicinkan tangungjawab

Di dalam menjalankan tugas-tugas
harian anggota TLDM sering kali diingatkan untuk menitik beratkan Prosedur
Standard Operasi. Ianya penting untuk menjamin keselamatan diri serta
melincinkan tugasan yang telah diberi. Tetapi sering kali juga kita mendengar
kejadian yang tidak diingini berlaku. Anggota TLDM sedia maklum semua tugasan
yang dijalankan mempunyai SOP diguna
pakai semenjak dulu lagi. Namun begitu pekara ini tidak dititik beratkan oleh
sesetengah pihak ketika menjalankan operasi. Ini telah menyebabkan belaku
kepincangan pengoperasian TLDM. Langkah-langkah terbaru perlulah diperkenalkan
sebagai salah satu cara  untuk memberi
penerangan kepada anggota-anggota TLDM.

Langkah-langkah argersif perlulah
diambil kerana pelanggaran  tatacara dan
keselamatan tidak dititik beratkan. TLDM sendiri perlulah mengambil tindakan
sewajarnya di dalam menangani isu ini. Sikap sambil lewa sesetenggah anggota
boleh mengakibatkan berlakunya insiden-inden yang tidak sewajarnya berlaku dan
yang paling malang sekali melibatkan nyawa yang tidak bersalah. Sewajarnya Standard Operating  Procedures (SOP) dikaji atau dibaik pulih supaya nama baik perkhidmatan TLDM
tidak dipandang serong oleh masyarakat luar. Di sini dicadangkan beberapa garis
panduan untuk melaksanakan SOP yang
didalam permerintahan TLDM.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Pihak tertinggi TLDM haruslah
memberikan petunjuk teknik untuk menjadi panduan bagi pihak pemerintah
dalam  mewujudkan, merumuskan, menyusun,
dan mengembangkan  Standard Operating  Procedures
(SOP) sesuai dengan tugas dan fungsi
yang dilaksanakannya. Setiap unit pemerintah haruslah memiliki SOP masing-masing. Memastikan
pelaksanaan SOP dilaksanakan pada
setiap tugasan yang dijalankan. Menyusun kembali SOP bersesuaian dengan tugasan terkini. Mengembangkan SOP kesemua peringkat anggota bawahan
agar ianya dapat difahami bagi melicinkan tangungjawab masing-masing.

Mewujudkan  satu kumpulan atau pasukan  yang dilengkapi berbagai kelengkapan lain,
seperti kewangan dan tangungjawab. Kewangan dimaksudkan meliputi kewangan untuk
memperolehi informasi  dan peralatan yang
cukup untuk melaksanakan tugasnya. Selain itu kumpulan ini juga boleh melakukan
pengujianan, identifikasi, dan melakukan pengujianan keatas unit-unit TLDM.
Kumpulan ini memiliki tangungjawab untuk menyampaikan hasil-hasil yang telah
diperoleh kepada kepada pihak atasan. Menekan komitmen yang tertinggi terhadap
tugas yang diberikan. Serta memberi latihan dan tunjuk ajar kepada unit-unit
yang telah menjalani latihan pengujian. Memberikan masa sekurang-kurangnya tiga
bulan kepada unit yang telah melakukan latiahan pengujian untuk memperbaiki
segala teguran yang telah diberi. Kumpulan ini juga bertangungjawab untuk memastikan
unit-unit tersebut telah menjalankan atau melakukan tindakan sewajarnya
terhadap teguran yang telah diterima semasa pengujian dijalankan.

Melakukan penilaian SOP untuk mengetahui sampai mana keperluan
sesuatu organisasi dalam mengembangkan SOP-nya.
Penilaian keperluan akan sangat bermanfaat dalam menentukan ruang pencapaian ,
jenis, jumlah SOP yang diperlukan.
Ruang pencapaian akan berkaitan dengan bidang tugas mana yang prosedur-prosedur
operasianya akan mencapai matlamat yang ditetapkan. Jenis akan berkaitan dengan
format SOP yang sesuai untuk
diterapkan. Sedangkan jumlah akan berkaitan dengan berapa banyak SOP yang akan dibuat sesuai dengan
organisasinya. Bergantung kepada tahap sesuatu unit dimana melakukan
operasinya. Sebagai contoh unit seperti kapal adalah berbeza jika dibandingkan
dengan unit yang berada dipangkalan. Penilaian SOP perlulah dijalankan terlebih dahulu terhadap kedua-dua unit
ini. Peringkat keselamatan dan tugasan diantara unit ini adalah berbeza.

Sebagai sebuah tahap akhir penilaian
keperluan SOP. Kumpulan penilaian
harus membuat sebuah laporan atau dokumen penilaian keperluan SOP. Dokumen membuat hasil kesimpulan
semua temuan dan latihan yang didapatkan dari proses penilaian keperluan ini.
Jelaskan langkah yang harus dilakuakn segera dengan mempertimbangkan kemampuan
organisasiserta berikan alasan yang rasional untuk setiap pergembangan,
penambahan, perubahan, pengantian, mahupun penghapusan berbagai SOP yang telah ada ataupun, jika
organisasibelum memiliki SOP, alasan
mengapa diperlukan SOP tersebut.
Apabilal semua tahap tersebut telah dilakukan, maka tahap Penilaian Keperluan SOP ini dapat dianggap selesai dan
selanjutnya adalah tahap pengembangan SOP
itu sendiri.

Tahap selanjutnya setelah melakukan
penilaian keperluan adalah melakukan pengembangan SOP. Sebagai sebuah ukuran yang akan dijadikan acuan dalam proses
pelaksanaan tugas seharian organisasi TLDM, maka pengembangan SOP tidak merupakan sebuah kegiatan yang
dilakukan sekali langsung jadi, tetapi memerlukan berulang kali sebelum
akhirnya menjadi SOP yang reliabel
yang benar-benar menjadi acuan bagi setiap proses dalam organisasi dibawah
naungan TLDM.

Pengembangan atau perubahan SOP harus disertai sebuah rencana
penerapan dalam organisasi TLDM. Rencana penerapan ini akan memberikan
kesempatan untuk setiap anggota TLDMyang berkepentinagan untuk memperlajari dan
memahami semua tugas , arahan, dan tangungjawab serta keperluan yang berkait.
Penglibatan kumpulan penilaian dalam penyusunan recana penerapan akan sangat
membantu upaya proses penerapan kerana 
kumpulan ini mengetahui apa yang diperlukan oleh organisasi didalam
menerapkan budaya SOP yang betul
untuk dilaksanakan didalam organisasi tersebut.

Penerapan SOP ini penting kerana agar organisasi dapat meyampaikan kepada anggota
bawahan. Langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi menentukan organisasi
dapat menghasilkan kerja yang baik. Salah satu 
pilihan diperluka adalah meningkatkan keupayaan pegawai sehingga
memenuhi kriteria sebagai mana diperlukan dalam SOP.Pegawai atau pihak atsan organisasi perlulah melalui proses
latihan gitu dalam meningkatkan pengetahuan didalam bidang kerja dan proses
bidang kerja yang diperlukan.Memantau pelaksanaan SOP perlu dilakukan dengan teliti agar ianya dapat memberi kesan
positif terhadap kerja yang lebih baik.

Langkah selanjutnya dari proses
penerapan setelah penyusunan rencana penerangan adalah proses
pemberitahuan/penyebaran informasi perubahan. Hal pertama yang harus  dilakukan adalah memastikan bahawa semua
pelaksana sedar akan perubahan dalam prosedur yang biasa dilakukan.Seharusnya
pihak-pihak lain di luar organisasi yang secara langsung atau tidak langsung
berkait dengan perubahan yang terjadi harus juga mendapat informasi yang
sejelas-jelasnya. Bahkan jika diperlukan, pihak organisasi harus
mempertimbangakan pemberitahuan kepada masyarakat luar melalui media dan
organisasi kemasyarakatan lainnya dengan memanfaatkan fungsi-fungsi SOP ini. Ianya perlu dilakukan secara
lebih berhemah dan sekali-sekali melakukan perjumpaan agar informasi dapat
disampaikan secara terus menerus.

Perlu mengadakan kursus  berkaitan SOP  disemua peringkat dikalangan Anggota TLDM.
Kursus ini adalah amat penting kerana ianya dapat menerangkan peranan dan tugas
anggota untuk menitik beratkan isu keselamatan. Latihan harus dapat
memperjelaskan isi dan tujuan SOP
yang dikembangkan. Para peserta diharapkan tidak hanya mampu berkerja sesuai SOP namun juga mampu memahami mengapa SOP itu dikembangkan. perlu diingat
bahawa SOP adalah panduan organisasi
dalam melaksanakan tugas dengan ketermpilan khusus yang juga berkaitan dengan
pelbagai teori.namun jika SOP yang
akan diterapkan merupakan SOP baharu,
maka latiahan yang diberikan meliputi banyak aspek yang mungkin diberikan dalam
waktu yang lebih panjang.Pemilihan peserta bergantung kepada bentuk dan ruang SOP itu sendiri. Tentunya pelaksana
yang berkait dengan perubahan SOP
baharu kemudian tingkatkan keperluan pelaksana itu sendiri terhadap SOP baharu.

Pelaksanaan SOP harus secara terus menerus dipantau sehingga proses penerapan
dapat berjalan dengan baik. Pelaksanaan haruslah dilakukan oleh perserta atau
kumpulan yang telah dilantik daripada unit masing-masing untuk menperkenalkan SOP kepada unit yang diwakilkan serta
menjadi sumber rujukan  pada proses
penyelarasan SOP terhadap organisasi
mereka. Latihan secara berterusan perlu dilakukan sama ada secara lisan atau
praktikal terutama kepada anggota baharu yang dalam perkhidmatan unit tersebut.
Kepada anggota yang baharu berkhidmat kepada uinit ini haruslah diberikan
pendedahan dan terlibat secara langsung didalam sebarang latihan dan tugasan.
Amalan tegur menegur perlulah diamamalkan secara baik dimana secara tidak
langsung menberi kesedaran sesama anggota.Perserta atau kumpulan ini juga bertangungjawab
didalam memastikan perjalanan SOP ini
dapat dilakukan dengan lebih baik dan efektif.

Meskipun SOP merupakan bahagian kecil aspek dalam sesuatu organisasi, namun
demikian SOP memiliki peranan yang
besar untuk  mencipta organisasi TLDM
yang lebih efektif dan konsisten didalam perkhidmatan kepada masyarakat. Oleh
keran itu, panduan ini menjadi penting untuk mendorong setiap organisasi
membaiki  kelemahan didalam menjalankan
tugasan. Diharap TLDM menjadi sebuah organisasi yang disegani dan menjadi
teladan kepada organisasi yang lain.

x

Hi!
I'm Brenda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out