Konflik British menyebabkan segregasi kaum mengikut kawasan dan kegiatan

Konflik etnik, prejudis dan diskriminasi
dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik akan memberikan impak yang negatif
dari aspek sosial, ekonomi dan integriti serta imej sesebuah negara.

 

Kesan
Dari Aspek Sosial

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Menurut Mohd Faris Dziauddin, Nasir
Nayan & Kamarul Ismail (2016 : 13), dasar ‘pecah dan perintah’ yang
diamalkan oleh pihak British menyebabkan segregasi kaum mengikut kawasan dan
kegiatan ekonomi. Sebagai contoh , masyarakat  Cina lebih tertumpu  di kawasan bandar dan terlibat dalam sektor
perniagaan, perdagangan dan perlombongan bijih timah. Manakala, bagi masyarakat
 India dan Melayu kebanyakkannya tinggal
di kawasan ladang dan kampung, terlibat di dalam kegiatan penanaman getah dan
pertanian sara diri. Tindakan ini perlu diambil bagi mengurangkan interaksi
antara etnik dan bagi memudahkan pihak British untuk mengawal etnik-etnik ini. Shamsul
Amri Baharuddin (2012 : 16) menyatakan bahawa implikasi daripada amalan dasar
‘pecah dan perintah’ ini masih boleh dilihat sehingga ke hari ini apabila kebanyakan
media massa sering membawa laporan kewujudan polarisasi etnik di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan menyatakan bahawa mahasiswa tidak
berminat untuk berkongsi dengan etnik lain seperti tinggal sebilik, makan
bersama, belajar bersama, bergaul bersama dalam kegiatan lain di kampus. Ini
akan menyebabkan timbulnya jarak sosial antara etnik kerana kurang interaksi
antara satu sama lain. Sikap anggota etnik yang
sukar bertolak ansur dengan anggota etnik lain menyebabkan hubungan sosial di
antara mereka semakin renggang serta perasaan etnosentrisme semakin menebal. Jika
perasaan etnosentrisme ini tidak dibendung, ia boleh membawa kepada berulangnya
peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan 
seterusnya akan mengancam keharmonian serta kestabilan struktur sosial
dalam Malaysia.

 

 

Kesan
Dari Aspek Ekonomi

 

Konflik etnik juga akan memberikan impak
negatif dari aspek ekonomi. Dalam usaha untuk
merapatkan jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar, dan juga
di antara etnik yang ada. pihak kerajaan telah
merancang serta melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan  melalui peningkatan kemahiran, program
penyusunan semula, menggalakkan peluang pekerjaan sama rata dan mewujudkan
usahawan yang berdaya saing dalam kalangan generasi baru. Pertumbuhan ekonomi
yang baik dapat memberikan kualiti kehidupan yang stabil kepada masyarakat
(Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman & Arbaiyah Mohd Nor, 2016 : 7). Perbezaan dari segi tempat tinggal dan tingkat sumber
pendapatan yang wujud antara etnik menyumbang kepada kepelbagaian penglibatan
anggota etnik dalam sesuatu bidang. Ada sesebuah etnik yang memonopoli  dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam
bidang ekonomi, politik dan sebagainya. Akibatnya,  jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi
dan ketidakseimbangan pendapatan antara etnik sukar diatasi.

 

Setiap
etnik masing-masing cuba untuk 
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan dan peluang ekonomi yang ditawarkan dalam dan luar negara.
 Selain daripada pemandangan yang indah,
suasana negara yang aman dan harmoni juga merupakan salah satu daya tarikan
untuk menarik pelancong datang melawat. Namun, apabila terdapat konflik etnik
yang berlaku, ia akan menyebabkan suasana negara menjadi kacau bilau dan tidak
selamat untuk dilawati oleh para pelancong. Hal ini akan menyebabkan kerugian
kepada para pengusaha pusat pelancongan dan menjejaskan jumlah pendapatan negara.
Pelabur asing juga terpaksa menarik balik jumlah pelaburan mereka di Malaysia
kerana bimbang akan mengalami kerugian di atas ketidakstabilan negara.

 

Kesan
Dari Aspek Imej Negara

 

Kestabilan struktur sosial, ekonomi  dan politik menunjukkan kewibawaan kepimpinan
sesebuah negara.  Konflik etnik yang
tidak dapat ditangani dengan segera dan bijak menyebabkan negara tersebut akan
dipandang enteng oleh negara luar. Ia akan dianggap sebagai sebuah negara yang
lemah dan berisiko tinggi untuk dijajah. 

x

Hi!
I'm Brenda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out