Konflik hubungan sosial di antara mereka semakin renggang serta

Konflik etnik, prejudis dan diskriminasi
dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik akan memberikan impak yang negatif
dari aspek sosial, ekonomi dan integriti
serta imej sesebuah negara.   Kesan Dari Aspek
Sosial   Menurut Mohd Faris Dziauddin, Nasir
Nayan & Kamarul Ismail (2016
: 13), dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh pihak British
menyebabkan segregasi kaum mengikut kawasan dan kegiatan
ekonomi. Sebagai contoh , masyarakat
Cina bertumpu di kawasan bandar terlibat  di dalam
sektor perniagaan, perdagangan dan perlombongan bijih timah. Manakala bagi kaum India dan Melayu kebanyakkanya tinggal di kawasan
ladang dan kampung. Mereka   terlibat
di dalam
kegiatan penanaman getah dan pertanian sara diri. Ini  mengurangkan interaksi di
antara etnik dan bagi memudahkan pihak
British untuk mengawal
etnik-etnik ini. Menurut  Shamsul
Amri Baharuddin (2012 : 16) menyatakan bahawa
implikasi daripada amalan dasar ‘pecah dan perintah’ ini masih boleh dilihat sehingga
ke hari ini apabila kebanyakan media massa
sering membawa kepada kewujudan polarisasi etnik di
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan menyatakan bahawa mahasiswa
tidak berminat untuk berkongsi dengan etnik lain seperti tinggal sebilik, makan
bersama, belajar bersama, bergaul bersama dalam kegiatan lain di kampus.
Ini akan menyebabkan timbulnya jarak sosial antara
etnik kerana kurang interaksi antara satu sama lain. Sikap anggota etnik yang sukar bertolak ansur dengan anggota
etnik lain menyebabkan hubungan sosial di antara mereka semakin renggang serta perasaan
etnosentrisme semakin menebal. Jika sikap
prejudis dan prasangka ini tidak dibendung, ia
boleh membawa kepada berulangnya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan 
seterusnya akan mengancam keharmonian dan kestabilan struktur sosial dalam
Malaysia.     Kesan Dari Aspek Ekonomi
  Konflik etnik juga akan memberikan impak negatif dari aspek
ekonomi. pihak kerajaan telah merancang
serta melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan  bagi merapatkan jurang pendapatan antara
penduduk luar bandar dan bandar, dan juga di antara
etnik yang ada melalui peningkatan kemahiran, program
penyusunan semula, menggalakkan peluang pekerjaan sama rata dan
mewujudkan usahawan yang berdaya saing dalam kalangan generasi
baru. Pertumbuhan ekonomi yang baik dapat memberikan
kualiti kehidupan yang stabil kepada
masyarakat (Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman & Arbaiyah
Mohd Nor, 2016 : 7). Perbezaan dari segi tempat tinggal dan tingkat sumber pendapatan
yang wujud antara etnik menyumbang kepada kepelbagaian penglibatan anggota
etnik dalam sesuatu bidang. Ada sesebuah etnik yang memonopoli  dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam
bidang ekonomi, politik perniagaan dan sebagainya. Akibatnya, 
jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan
antara etnik sukar diatasi. Setiap etnik masing-masing cuba untuk  mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan dan peluang ekonomi yang ditawarkan dalam dan luar negara.
  Selain daripada pemandangan
yangindah, suasana negara yang aman dan
harmoni juga merupakan
salah satu daya tarikan
untuk menarik pelancong datang melawat. Namun,
apabila terdapat konflik
etnik yang berlaku, ia akan menyebabkan
suasana negara menjadi kacau bilau
dan tidak selamat untuk dilawati oleh
para pelancong. Hal ini akan menyebabkan kerugian
kepada para pengusaha pusat
pelancongan dan menjejaskan jumlah
pendapatan negara. Pelabur asing juga terpaksa
menarik balik jumlah pelaburan mereka di Malaysia kerana bimbang akan
mengalami kerugian di atasketidakstabilan
negara.   Kesan Dari Aspek Imej Negara   Kestabilan struktur sosial,
ekonomi  dan politik menunjukkan kewibawaan kepimpinan sesebuah
negara.  Konflik etnik yang tidak dapat ditangani dengan segera dan bijak
menyebabkan negara tersebut akan dipandang enteng oleh negara luar. Ia akan
dianggap sebagai sebuah negara yang lemah dan berisiko tinggi untuk
dijajah.  

x

Hi!
I'm Brenda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out