Merujuk diambilkira dari tahun 1970 hingga tahun 1983 sebagai

Merujuk kepada (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015), swasta bererti
pihak yang mengendalikan kegiatan perusahaan dan sebagainya secara sendiri dan
bukan milik Kerajaan. Penswastaan pula bermaksud tindakan menswastakan
perkhidmatan dan perusahaan Kerajaan. Dasar penswastaan merupakan agenda
besar-besaran dunia sejak ianya diperkenalkan oleh kuasa kapitalis dunia iaitu
Amerika Syarikat dan Britain lebih 20 tahun yang lalu. Dasar ini telah
diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan Perdana Menteri
Britain, Margaret Thatcher. Pengenalan dasar ini telah membawa momentum yang
besar seantero dunia (Privatization, 2017). Dengan galakan
daripada organisasi-organisasi seperti Bank Dunia, Tabung Dana Antarabangsa,
IMF dan Bank Pembangunan Asia, dasar penswastaan ini telah berjaya memberi keuntungan
atau faedah yang besar kepada Kerajaan yang melaksanakannya khususnya dari segi
pendapatan negara dan pengukuhan kuasa politik. Dasar penswastaan adalah fenomena
politik dan kuasa ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan kepentingan dan
pelaburan tertentu Kerajaan kepada sektor swasta.

Di Malaysia, Dasar
Penswastaan ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1983 oleh Y.A.B
Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr Mahathir Bin Mohamad. Petikan ucapan
beliau semasa perasmian Persidangan “The Securities Industry in Malaysia” pada
28 April 1984 ada menyatakan “Government
the world over are notorious for inefficiency when running enterprises, even when
aided by monopoly and the authority of government. On the other hand, the
private sector is better motivated and generally more efficient. It is hoped
that privatization, resulting in a more rapid growth if the nation as a whole”
(Ucapan-ucapan Dato Seri dr Mahathir Mohamad 1983, 1990). Sektor awam bukan
sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah dan
penyediaan perkhidmatan, tetapi juga terlibat secara aktif dalam aktiviti
ekonomi dan perdagangan negara. Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu
pesat dalam tempoh 10 tahun. Begitu juga dengan perbelanjaan sektor awam juga
telah meningkat sebanyak 12 % dari tahun 1975-1982. Ianya merupakan satu angka
yang besar bagi Kerajaan yang sedang membangun. Jadual 1 menunjukkan prestasi
kewangan Kerajaan yang diambilkira dari tahun 1970 hingga tahun 1983 sebagai
rujukan perbezaan hasil dan perbelanjaan Kerajaan dalam tempoh tersebut. Sebagai
salah sebuah negara membangun pada zamannya, kebiasaannya pemerintah sebagai
pemangkin kepada pembangunan negara selalunya akan campurtangan di peringkat
awal di dalam proses mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonominya.
Ini yang berlaku di Malaysia, Kerajaan terpaksa campurtangan apabila sebahagian
syarikat awam perlu dibantu akibat mengalami kemerosotan dan kerugian.
Syarikat-syarikat ini telah dikenalpasti tidak mampu menyediakan pengurusan
yang cekap yang menyebabkan ianya gagal mendapat keuntungan yang diharapkan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Sebagai jalan
penyelesaian, dasar penswastaan telah diperkenalkan dan dilaksanakan pada
pertengahan tahun 1983. Dasar ini diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan
agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Namun, terdapat juga agensi
Kerajaan yang amat menarik dan menguntungkan jika ianya diswastakan. Apabila
dasar ini dilaksanakan, Kerajaan tidak perlu meminjam dari sumber luar untuk
meningkatkan sumber kewangan kerana pelabur tempatan sendiri boleh melabur
dalam syarikat-wyarikat yang diswastakan. Persaingan yang wujud di antara
syarikat-syarikat ini akan meningkatkan lagi kecekapan. Ini juga akan
mengelakkan Kerajaan dipersalahkan seandaianya berlaku kelemahan atau kerugian
ke atas syarikat-syarikat ini. Apabila berlakunya penswastaan,
syarikat-syarikat besar berstatus konglomerat dan multinasional akan menjadi
penaung kepada syarikat-syarikat yang lebih kecil. Selain itu, peluang
perkerjaan juga akan bertambah, lebih dinamik dan lebih memberi peluang
pekerjaan yang bersifat mobiliti.

Dasar dan program penswastaan telah memainkan
peranan yang penting dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi
pelaburan yang lebih besar dan yang membawa pengembangan sektor korporat.
Program penswastaan juga telah memberi kesan berlipat kali ganda ke atas
ekonomi negara. Pemilikan Bumiputera juga telah meningkat menerusi program
penswastaan entiti Kerajaan secara MBO. Menerusi kaedah ini, bilangan usahawan
Bumiputera yang terlibat juga meningkat selaras dengan kewujudan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Dasar ini membolehkan rakyat mendapatkan
teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti
asing, kontrak pengurusan atau penyediaan khidmat perunding. Seterusnya, ia
membolehkan rakyat Malaysia mengendali dan mengurus teknologi baru dalam bidang
tertentu dengan sendirinya dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti. 

x

Hi!
I'm Brenda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out